Rabu, 22 April 2020

Miskin bercampur sombong - pernah jumpa dak. 10238


Baca:

Jaga-jaga. Di Akhir Zaman akan ada ahli agama yang mendorong kita ke Neraka Jahannam. 10234

Wednesday, April 22, 2020
JANGAN TERKENA VIRUS BUSUK HATI
nizam aka

Kenapa perlu DENGKI,SAKIT HATI dan CEMBURU dengan usaha-usaha murni Ustaz Ebit Lew? Sepatutnya sebagai seorang yang konon-kononnyanya ustaz dan seorang yang konon-kononnya pejuang parti suci murni,kamu menyokong dan bersama-sama dengan usaha yang dibuat oleh ustaz Ebit Lew 
yang buruk hati dengan usaha-usaha Ebit Lew..Kamu pun nampknya seow..
Bukannya menjadi seorang penghasut dan seorang yang kaya raya..makan mewah..melancong keluar negara,tapi punyai hati yang sangat busuk..Inikah jenis ustaz yang dipuja-puja dalam Pas?
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, teks yang berkata '"Duit Derma Orang Ramai Hanya Di Sumbangkan Sedikit Sahaja Dan Baki Beli Kereta Mewah" Ustaz Abu lazdropasia 2020 mkk "Sy jahil, tk pndai. Sy bukan ustaz. Cuma cina belajar Islam" -Ustaz Ebit Lew AMAR MAMAT NI AHLI PAS RUPANYA AMOR NA Kenapa Ustaz Ahli Pas Tegar Ini Perlu Ganggu Ustaz Ebit Lew Yang Siang Mlm Melakukan Kerja2 Kebajikan? GENG ASWAIA BARUA NI YANG KECAM Usd EBIT IEW'
Sumber:

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: JANGAN TERKENA VIRUS BUSUK HATI

Hari ini aku nak ajar Macai PH tentang gambar
Assistant Editor April 22, 2020

Gambar 1

Geng PH cuba ambil kesempatan menyebarkan gambar abu syafiq dengan presiden PAS lalu terus cop dia ahli PAS dengan harapan rakyat akan marahkan PAS dek kerana beberapa isu yg ditimbulkannya.

Sebenarnya gambar tersebut diambil semasa Abu syafiq menjadi wakil bg pihak emaknya selaku bekas ketua muslimat PAS, majlis penghargaan PAS paada bekas2 pimpinan PAS.

Gambar 3

Pengakuan ikhlas & legend dr abu syafiq sendiri, secara tak langsung menampakkan Kebodohan penyokong PH yg memfitnah PAS.



Gambar 2 dan 4

Abu Syafiq seronok bergambar dengan Presiden AMANAH kerana Abu Syafiq adalah JEBON.. Nak kenal Jebon engkau tengok muka Khalid Samad, Hanipa Maidin, Mujahid, Mahfus, Salahudin.. dll

Ebit Liew Pula seronak bergambar dengan Presiden PAS kerana Ebit Liew menghormati ulama yang zuhud dengan rumah kayu malah sebahagian besar gajinya diberikan kepada penrusan Parlimen membelanjakan untuk rakyat.

Kalau engkau ada akal engkau tahu siapa sebelah siapa?

Kesimpulan

Engkau serang PAS dengan gambar fitnah Abu Syafiq mewakili emak dia tu engkau memang hebat. Tapi Allah lebih hebat pasti akan membuka mata rakyat Malaysia bahawa PH memang kaki fitnah dan kencing rakyat. Makin engkau serang makin kuat PAS kerana PAS bukan nak duit. ahli PAS yang ikhlas sangat ramai sudah pasti parti PAS akan terselamat drp pimpinan tamak duniawi.

MR :  PAS akan dibersihkan.. Dulu keluarnya Jebon yang kita tak pernah terfikir pembersihan bukan setakat MT PAS tetapi sehingga ke cawangan-cawangan hilangnya Jebon. Kini bila PAS bersama kerajaan akan ada satu lagi tapisan  pembersihan dalam PAS, yang tamak jawatan akan tergugur dan tersingkir dengan sendirinya dan itu sunatullah unrtuk gerakan Islam yang engkau patut faham...

Sumber:
Hari ini aku nak ajar Macai PH tentang gambar - Minda Rakyat

Wednesday, April 22, 2020
AIRMATA- DALAM SEHARI BELIAU BERJAYA PUJUK UNTUK BERPINDAH
Setelah saya menangis. Air mata rasa bahagia sangat...Setelah berbelas tahun mereka hidup begini. Tinggal di tempat begini. Saya pusing tanya dekat 4 rumah walau hujan basah.. Akhirnya Allah izinkan saya dapat rumah sewa rm800 sebulan. Besar rumah selesa. InsyaAllah saya akan bayarkan sampai bila-bila selagi mampu. Cuma tadi repair elektrik dan air sampai dekat isya. Saya call ambulans swasta bawa pakcik tadi ke hospital untuk dapatkan rawatan. Masa masuk rumah adik-adik ni berlari cop bilik. Yeye pindah rumah. Yeye pindah rumah. Betul ke ustaz pindah rumah. Besarnya rumah ni ustaz. Selesanya. Betul ke ustaz nak bayar? Yer adik. Allah gerakkan semua ni. Masa dalam kereta adik ni kata ustaz. Dia menangis. Nak qada solat semua. Sedih pula rasanya. Makin hiba bila diaorang ulang. Ustaz jangan lupakan kita orang tau. Esok saya dah upah orang elektrik dan orang paip repair air. Tengok wirering. Lepas tu nak cari perabot baru dan tilam. Serta nak beli baju-baju dan selipar. Adik ni ada tiada selipar pun. Berebut makan kfc. Semua suka kentang putar. Kena beli set satu-satu lain kali. Pakcik yang stroke tadi sebelum naik ambulans pesan pada saya. Setelah saya nasihatkannya bahawa anak ini esok bakal jadi pemimpin. Ustaz kalau boleh tolong hantar anak saya belajar yer. Ya Allah. Hati ini sedih sayu. Saya cuma datang untuk membantu. Tak sanggup nak tinggal manusia tidur ditepi sampah. Maaf saya benar-benar terkejut sangat. Saya menangis dari tadi. Malam ni baru saya boleh senyum. Maafkan saya jika ada sesiapa hadir tadi saya tak senyum. Saya sayang semua. Kita semua sebuah keluarga. Janganlah salahkan sesiapa.

Sumber:

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: AIRMATA- DALAM SEHARI BELIAU BERJAYA PUJUK UNTUK BERPINDAH

Ustaz Abu Syafiq Dan Ustaz Ebit Liew
Assistant Editor April 22, 2020

1) Tak payah berbalah pasal Ustaz Abu Syafiq tu. Dalam PH pun dia ada, dalam PAS pun dia ada. Tapi dia bukan double agent. Dia juga bukan lalang. Dia cuma mahukan perhatian. Saya perhatikan dia sudah lama. Sebelum dia join politik PH atau PAS, dia lebih garang dalam bab melawan Wahabi.

2) Kemudian ada satu kes dengan DrMAZA, dia turun bertemu mata dengan DrMAZA. Setelah itu, kurang berbunyi suara-suara beliau melawan Wahabi, walaupun dalam blog dan FBnya masih tetap melawan Wahabi. Tidak lama kemudian, banyak pula posting beliau menyokong PH ketika kempen PRU14.

3) Saya rasa agak aneh apabila Ustaz Abu Syafiq menyokong PH, sebab DrMAZA juga sokong PH. Tetapi apabila rujuk kepada pertemuan mereka sebeum itu, mungkin sudah berlaku neutralisasi antara mereka. Mungkin juga dia nampak aura PH akan menang besar. Mungkin laa...

4) Lepas PH menang dan banyak isu-isu panas yang timbul dek pemenerintahan PH, mungkin Ustaz Abu Syafiq pun duduk tak senang. Lebih-lebih lagi pula sentimen Melayu-Islam yang dimainkan oleh PAS dan UMNO dalam Muafakat Ummah, nampak macam besar.. tiba-tiba dia muncul atas pentas Muktamar PAS pula.

5) Waktu itu saya baca je posting orang PAS puji Ustaz Abu Syafiq. Saya kata dalam hati, hangpa ni tak pernah baca ke tulisan FB dia semasa PRU14 dulu? Tapi rasanya yang maki dia lagi ramai kut walaupun dah bergambar dengan Presiden PAS. Saya pun malas nak bazirkan kapasiti neuron dalam kepala otak saya untuk fikir pasal beliau. Ikut suka lah.

6) Kalau tengok pattern isu yang dia buat sebelum ini, sedikit masa lagi dia akan turun jumpa Ust Ebit Liew. Mohon maaf ka, berdamai ka, peluk-peluk ka apa ka, selesai. Yang tak selesai adalah penyokong PH dan Penyokong PAS dlam media sosial duk bertempur guna gambar dia atas muktamar PAS dan screenshot media sosialnya yg menyokong PH.

7) Walaubagaimana pun, kadang-kadang saya simpan juga sedikit percent untuk setuju dengan Ustaz Abu Syafiq mengkritik Ust Ebit Liew. Bukan bersetuju dengan beliau, tetapi setuju dengan sedikit nada kritikan. Mungkin 2% daripada nada kritikan beliau itu bagus untuk Ustaz Ebit Liew, supaya tidak tenggelam dalam pujian orang ramai dan netizen.

8 ) Pujian yang keterlaluan dibimbangi boleh merosakkan hati Ustaz Ebit Liew. Kita tak mahu Ustaz Ebit dirosakkan dengan pujian. Kita tahu ustaz Ebit baik, tawadhuk. Tapi talbis iblis tidak akan mengalah untuk rosakkan ustaz Ebit. So, kita yang suka puji terlebih, kena hati-hati. Takut-takut kita jadi punca yg merosakkan Ustaz Ebit. Cukup setakat menepis cercaan orang terhadap beliau.

Sekian
Dr Tanaka Mustafa

MR :  Macai PH sahaja bodoh memainkan isu ini untuk serang PAS... Kerana dia fikir dia ada gambar orang lain tak ada gambar

Sumber:
Ustaz Abu Syafiq Dan Ustaz Ebit Liew - Minda Rakyat

“Saya tak pernah kenal pun dia, tapi kalau nak HUJAH boleh je” – Ustaz Abu Syafiq
Posted on 
Dalam sebuah video live yang dimuat naik oleh seorang Ustaz terkenal dengan ketegasannya dalam teguran menjelaskan beberapa perkara mengenai isu yang sedang hangat melibatkan beliau dan Ustaz Ebit Liew. Beliau menegaskan bahawa posting yang beliau buat itu adalah bersifat umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana individu termasuk “Ustaz yang netizen sebutkan” 

Posting tersebut mendapat perhatian ramai dan netizen menganggap Ustaz Abu Syafiq buat posting tersebut ditujukan kepada Ustaz Ebit Liew kerana Ustaz Ebit Liew sering mengupload gambar dan video setiap aktiviti kebajikan beliau.
Namun isu tersebut dijelaskan oleh Ustaz Abu Syafiq sendiri di laman social beliau menerusi satu video live bagi menjernihkan keadaan
“Netizen gang saya!” – Ustaz Abu Syafiq
Walaupun Ustaz Abu Syafiq telah menjelaskan mengenai posting beliau namun netizen tetap emosi dan marah kepada beliau.
Ekoran daripada kenyataan dalam video live beliau, Ustaz Abu menyatakan bahawa dia tak pernah kenal atau berjumpa dengan Ustaz Ebit oleh itu Ustaz Abu menafikan bahawa posting itu ditujukan kepada Ustaz Ebit Liew
“Buatlah benda baik, takda sapa halang tapi kena jaga aib orang” – Ustaz Abu Syafiq
Jadi konklusi dekat sini, Kita mengharapkan agar netizen, Ustaz Abu Syafiq dan Ustaz Ebit Liew dapat berdamai daripada isu-isu seperti ini kadang-kadang salah faham daripada konteks ayat dengan situasi semasa. Bukan Admin nak masuk belah mana-mana pihak sama ada Ustaz Abu, Ustaz Ebit dan Netizen(majoriti Muslim) semua satu agama jadi seeloknya perbalahan ini kita selesaikan dengan baik demi kebaikan agama Allah apa lagi sekarang diuji dengan musibah Covid-19..insyaAllah. Kita baik, Allah sayang.
Terima kasih Ustaz Ebit Liew
Terima kasih Ustaz Abu Syafiq
Terima kasih netizen

Jangan lupa like dan share yer!
"Saya tak pernah kenal pun dia, tapi kalau nak HUJAH boleh je" - Ustaz Abu Syafiq | Suara Viral Malaysia

Dr Noor Hisham Terkejut Dirai Media Sempena Hari Lahir
SIDANG media Kementerian Kesihatan Malaysia
Apr 22, 2020

SIDANG media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa sedikit berbeza dan istimewa apabila Ketua Pengarah, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah diberi kejutan sempena hari lahirnya yang ke-57.

Kejutan itu dibuat oleh pengamal media yang hadir sejurus berakhirnya acara itu sekitar 6.20 petang di pintu masuk Dewan Serbaguna Aras 8, bangunan kementerian itu di Putrajaya.

“KP terkejut dengan sambutan untuk meraikannya, dia senyum je,” demikian kata salah seorang pegawai KKM kepada mStar mengenai majlis ringkas itu.

Malahan, pegawai berkenaan juga mengakui Dr Noor Hisham kehilangan berat badan sepanjang tempoh mengetuai usaha untuk membendung wabak berbahaya ini.

Selain kek dan buah-buahan, Dr Noor Hisham turut diberikan beberapa kad ucapan sempena hari istimewa itu yang disusun rapi di satu sudut di dewan berkenaan.

Dalam video yang dikongsi, Dr Noor Hisham kelihatan tersenyum sambil menerima kek yang disampaikan oleh pengamal media di situ.

Sebelum itu, dalam sidang media yang sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia atas segala ucapan yang disampaikan kepadanya hari ini.

“Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengucapkan selamat hari lahir kepada saya.

“Dan kita masih dalam perjuangan untuk memutuskan penularan Covid-19.

“Sama-sama mantapkan tindakan kita untuk pastikan dapat capai sasaran menurunkan kes,” ujarnya ringkas selepas diberi ucapan oleh seorang wakil media.

Terdahulu pada Selasa pagi, kata kunci #HappyBirthdayDGHisham turut menjadi trending di laman Twitter.

Malah, figura kesayangan ramai yang dilahirkan di Sepang, Selangor itu turut dihujani dengan ribuan ucapan tahniah atas ulang tahun berkenaan di media sosial. – mStar Online
Sumber:
Dr Noor Hisham Terkejut Dirai Media Sempena Hari Lahir - MYNEWSHUB

Wednesday, April 22, 2020
Tiada jaminan PKP ditamatkan 28 April ini
By  Muhammad Azizul Osman  -  


KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak pasti samada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditamatkan selepas 28 April ini.

Justeru itu rakyat di negara ini dinasihatkan agar terus duduk diam di rumah dan mengamalkan penjarakan sosial yang disyorkan oleh KKM.

“Kita tidak pasti lagi PKP tamat ataupun dilanjutkan. Jadi yang pasti kita cuba elakkan perhimpunan.

“Contohnya, kita ada pelajar universiti mereka ingin kembali ke kampung mereka tetapi kita kena pastikan tiada perhimpunan ataupun kesesakan berlaku di stesen dan sebagainya. Itu yang paling penting elakkan kesesakan dan pastinya penjarakan sosial,” katanya dalam sidang media di KKM hari ini.

PKP fasa ketiga akan berakhir pada 28 April dengan berbaki tujuh hari lagi.

Fasa pertama PKP adalah pada 18 Mac dan berakhir pada 31 Mac dan fasa kedua adalah pada 1 April hingga 14 April dan fasa ketiga adalah pada 15 April hingga 28 April depan.

Tambah Noor Hisham, KKM masih memantau data-data yang diperoleh pihaknya bagi mengetahui samada PKP akan disambung atau tidak.

“Kita masih belum lagi membuat sebarang keputusan tetapi apa yang pasti kita ada enam kriteria sebelum kita laksanakan penamatan PKP.

“Kriteria pertama adalah kita lihat kepada kawalan sempadan jadi kalau kita berhentikan kawalan sempadan besar kemungkinan mereka yang datang ke Malaysia akan membawa penyakit tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Noor Hisham berkata, KKM menyasarkan satu digit jangkitan kes baharu positif Covid-19 pada minggu depan.

Beliau berkata, sasaran itu boleh dicapai dengan perancangan rapi yang akan dilaksanakan KKM dengan bantuan kementerian-kementerian lain.

“Kalau rakyat boleh terus duduk rumah dan KKM bekerjasama dengan kementerian lain dengan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan dikenalpasti, kita boleh kurangkan (jangkitan baharu) bawah 10 kes,” katanya.

Jelasnya lagi, PKP terbukti dapat mengurangkan jumlah jangkitan dalam masyarakat.

Justeru itu katanya, sekiranya rakyat negara ini mengamalkan saranan kerajaan agar duduk diam di rumah maka kebarangkalian jangkitan juga akan tipis.

“Jadi, kita lihat dengan pelaksanaan PKP 1,2 dan 3, kita berjaya mengurangkan jangkitan setempat dan hasilnya kes positif baharu di bawah 100 kes. Tidak mustahil untuk kita kurangkan kes tetapi kita perlu tingkatkan tindakan bersama.

“Ia bergantung kepada rakyat Malaysia dan tindakan barisan hadapan,” katanya lagi. 


WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Tiada jaminan PKP ditamatkan 28 April ini

Wednesday, April 22, 2020
Kerajaan Kedah beri penjelasan isu keluarga ‘daif’ dibantu pendakwah bebas
Bernama  -April 21, 2020 10:57 PM

Gambar di FB Ebit Lew memperlihatkan keadaan rumah yang usang dan kotor selain seorang lelaki warga emas sedang terlantar. (Gambar Facebook)

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah hari ini memberi penjelasan berhubung isu sebuah keluarga tinggal dalam rumah usang dan kotor di Lorong Gedebang, Mukim Derga yang kisahnya dikongsikan pendakwah bebas Ebit Lew di laman Facebooknya sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Tan Kok Yew berkata keluarga itu sebelum ini ditawarkan berpindah ke 2 rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Mergong namun ditolak atas alasan tertentu.

“Pada awal tahun ini, keluarga tersebut sudah bersetuju untuk berpindah namun mereka berubah fikiran pada saat akhir dan enggan berpindah pula sehinggalah Ustaz Ebit Lew berjaya memujuk mereka berpindah semalam.

“Mereka ini memang sudah mendapat bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak sekian lama dan kebajikan mereka terjaga, termasuk dibantu pihak masjid berdekatan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Semalam, Ebit Lew yang berkunjung ke rumah keluarga itu berkongsi catatan di Facebook mengenai keluarga tersebut selain memuat naik beberapa keping gambar memperlihatkan keadaan rumah yang usang dan kotor selain seorang lelaki warga emas sedang terlantar.

Perkongsian di laman media sosial itu menarik perhatian netizen dan ada yang mempersoal peranan pihak berwajib seperti kerajaan negeri, JKM dan LZNK selain masyarakat sekeliling dalam membantu keluarga tersebut.

Tan berkata beliau sendiri ada berjumpa dengan Ebit Lew semalam dan membincangkan isu keluarga itu serta menerangkan kepada pendakwah tersebut tentang beberapa perkara yang perlu diperhalusi bagi membantu mereka.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LZNK Syeikh Zakaria Othman berkata keluarga tersebut menerima bantuan zakat sejak 2007 dan pelbagai bantuan lain seperti Bantuan Makanan Fakir/Miskin Bulanan, Bantuan Kewangan Fakir/Miskin Bulanan, Bantuan Hari Raya Aidilfitri, Bantuan Awal Persekolahan, Bantuan Tahunan Sekali Gus serta Bantuan Jaya Diri.

Syeikh Zakaria berkata LZNK juga sebelum ini menawarkan warga emas itu sebuah rumah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) di Pokok Sena namun dia sekeluarga menolak tawaran tersebut dengan pelbagai alasan.

“Kita sudah memujuk beliau sekeluarga untuk berpindah ke rumah baru sejak 12 tahun lalu,” katanya sambil menambah Masjid Al-Irfan Derga, pengurusan kampung dan jiran di Kampung Derga turut membantu keluarga itu, termasuk memberikan sumbangan kepada mereka.

Beliau berkata warga emas itu mendiami rumah tersebut bersama isterinya serta 8 anak dan 10 cucu.

“Warga emas itu mempunyai 3 anak lelaki dan 7 anak perempuan yang berumur 17 hingga 33 tahun. Ada antara anaknya yang telah berkahwin dan mempunyai anak. Lapan daripada 10 anaknya kini tinggal bersama-sama dengannya di rumah tersebut,” katanya.

Sumber: 

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: Kerajaan Kedah beri penjelasan isu keluarga ‘daif’ dibantu pendakwah bebas

Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)

Tiada ulasan: